Syera's Blog
Tip Perkahwinan ;)
Tuesday, 19 June 2012 • 03:07 • 0 comments


Assalamualaikum .. Hye All ;) 

Hariny fathin nak share tip-tip perkahwinan .. Hee .. Kecik-kecik dah pandai Ye ;) Bukan lha ny just suke-suke untuk sama depan kan .. Hehehe .


1. Ketika mencari Calon
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. Ketika akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. Ketika Resepsi Pernikahan
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. Ketika Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. Semasa menempuh hidup Berkeluarga
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika rumahtangga goyang
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika belum memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda seadanya dia.

9. Ketika telah memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda dan cintai anak-anak anda masing-masing.

10. Ketika ekonomi rumahtangga Merudum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .Ketika ekonomi Berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. Ketika anda adalah Suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. Ketika anda adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

That All !


K bye ! 
Fathin Syera ;)

SOME WORDS!


Welcome to my world. Syera's blog here ♥ Thank you for visit my blog. Follow me before you go ♥
bold italic underline strike

Profile
Stuff
Tagboard

Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Fathin Syera